Cara Menjadi Dropship Hebat dan Luar Biasa

Salam sejahtera, kali ni admin myduitonline nak berkongsi berkenaan rahsia atau cara nak jadi dropshipper yang hebat.

Semua maklum, dropship ni tidak perlukan modal. Modalnya cuma usaha dan komitmen. Pilihan nak buat dan tak nak buat je.

Bebalik kepada persoalan bagaimana nak jadi dropshipper yang hebat, seterusnya menjana pendapatan lumayan dengan dropship?

Sebelum tu, nak bagitau..jangan pandang rendah dengan dropship. Ramai yang bermula dengan dropship kemudian berubah 360 darjah menjadi tauke kepada produk.

Mereka bermula dari zero dan tak tahu apa-apa, kini menjadi founder dan pemilik produk. Kejayaan ni bukan hasil kerja 1 malam, ia satu proses yang cukup panjang

Beberapa perkara yang anda kena teliti terlebih dahulu sebelum menjadi ejen untuk sesuatu produk. Part ni penting, walaupun nak jadi ejen dropship tu percuma, tapi masa tenaga yang anda laburkan tu pun ada nilainya.

Produk. Part ni penting. Pemilihan produk sangat penting supaya produk yang anda nak marketkan tu senang terjual. Kalau silap pilih produk, anda akan banyak bazirkan masa dan tenaga. Cara nak pilih produk, tengok apa yang tengah trending. Kalau ramai yang jual, bermaksud produk tu ada demand. InsyaAllah walaupun anda baru bermula, rezeki tetap akan ada.

Aktif Beriklan

Anda kena aktif beriklan. Kena rajin buat iklan dan kongsikan kebaikan produk anda tu dalam menyelesaikan masalah pengguna. Berikan value dan cuba jadi sangat repsonsive terhadap sebarang pertanyaan dari bakal pelanggan. Ini menunjukkan kita serius dalam berbisnes.

Banyakkan beriklan di media sosial

Sekarang ni bersepah media sosial yang jadi tumpuan orang ramai, yang paling ramai orang guna adalah Facebook. Selain tu terdapat media sosial lain seperti Wechat, Michat, Mewe, Tumblr, Twitter untuk anda kongsikan kepada orang ramai. Jadikan platform ni sebagai batu loncatan kepada anda untuk gandakan hasil jualan.

Ramai dekat luar sana yang guna teknik free marketing dalam menjual masih boleh jana jualan yang besar. Jadi asas dekat sini mahu atau tidak sahaja.

Logiknya, makin banyak anda iklan, makin banyak mata melihat, makin besar potensi untuk anda dapatkan pelanggan.

Contohi leader yang berjaya

Dalam bisnes apa pun , pasti ada leader yang berjaya mencatatkan jualan paling tinggi. Kalau boleh cuba bertanya dan dapatkan tips-tips untuk berjaya dalam dropship.

Setkan target jualan yang jelas.

Kena setkan target yang jelas, supaya nanti anda jelas berapa banyak sales yang perlu dibuat dalam satu-satu masa. Kalau anda ingin pendapatan RM100,000 setahun, cuba bahagikan dengan 12 bulan. Dapatkan nilai untuk sebulan, kemudian jadikannya seminggu. Jika anda perhatikan, Jumlah sales yang anda perlukan untuk income RM100000 setahun sangatlah sedikit dan boleh dicapai.

Leave a Comment